Sebut saja mesin vending atau mesin runcit, kebiasaan orang akan fikirkan mesin air tin bergas atau macam-macam jenis makanan ringan seperti jajan, keropok, bagai.
Tetapi, sebuah syarikat edar kereta di Singapura mahu anda fikirkan kereta mewah seperti Ferari dan Lamborghini dalam mesin runcit.

Bermacam cara dan teknik pengedar kereta seluruh dunia menjual kereta mereka. Tetapi syarikat Autobahn Motors dari Singuapura telah mengubahsuai bangunan 15 tingkat dan memuatkan 60 buah kenderaan sebagai kaedah pemasaran mereka.
Cetusan idea itu telah menjadikan konsep jualan mereka menjadi popular di seluruh dunia sebagai bangunan mesin runcit kereta mewah terbesar di dunia.

Cara pembeliannya sama sahaja seperti mesin runcit biasa. Pelanggan hanya perlu sentuh papan skrin yang akan memaparkan model kereta yang mereka mahu.
Menurut Pengurus Besar Autobahn Notors, idea penjualan melalui mesin runcit ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan plot tanah untuk menjual kereta di Singapura.

- http://uptownku.blogspot.com