4.2 Juta DEKODER MYTV PERCUMA Bernilai RM199 Diedarkan Seluruh Malaysia

*Nota: Jika anda tidak layak terima dekoder MyTV percuma. Jangan kecewa!! Beli je dekoder mampu milik di pautan/ link ini >> BELI SEKARANG <<


Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan dekoder percuma bagi siaran TV digital yang baru dilancarkan bernilai RM199 kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview yang berlangsung minggu ini, Najib berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Jumlah dekoder itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma.

Pengguna boleh membeli dekoder berkenaan daripada peruncit elektronik di seluruh negara. Lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia telah memulakan perubahan dari televisyen analog kepada siaran digital sejak tahun 2007.

Manakala negara-negara Asean mensasarkan untuk menghentikan televisyen analog antara tahun 2015 hingga 2020.

Malaysia menetapkan untuk menghentikan siaran televisyen analog pada Jun 2018.

Dijangkakan, 98 peratus daripada penduduk Malaysia akan mempunyai akses kepada perkhidmatan myFreeview pada suku terakhir 2017.

Penonton akan dapat mengakses sembilan stesen percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV AlHijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel, serta tambahan empat stesen radio RTM. Semakan kelayakan sila layari - MYTV Broadcasting dan web rasmi - myFreeview Malaysia

- MYTV Broadcasting

* * *
ANDA MUNGKIN PERLUKAN DEKODER DAN IDTV
MYTV DI BAWAH INI:


Dekoder MyTV
- - - INFO LANJUT KLIK GAMBAR DI BAWAH - - -

Dekoder MyTV myFreeview Dekoder MyTV myFreeview Dekoder MyTV myFreeview Dekoder MyTV myFreeview
Antenna MyTV myFreeview LED TV with IDTV MyTV LED TV with IDTV MyTV LED TV with IDTV MyTV

Nota: Harga yang dipaparkan sentiasa berubah mengikut waktu promosi yang ditawarkan. Penghantaran percuma (free delivery) adalah tertakluk pada kawasan dan juga tawaran promosi.