Apakah hukumnya bersetubuh pada waktu malam di bulan Ramadan? Melakukan hubungan seks pada waktu malam adalah ibadah juga. Sebab, kita boleh membezakan yang mana wajib dan yang mana Sunnah.
Surah Al-Baqarah 2 Ayat 187:
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa."
Sumber Terjemahan - http://www.surah.my/2#187
Surah Al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadan bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan.
Surah Al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadan bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan.
Kerana itu, jangan jadikan ia beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi nikmati saja hubungan seks itu. Kamu tidak perlu merasa bersalah. Justeru itu dapat pahala pula. Bagi isteri, melayani suami dengan senang hati dan dengan ikhlas termasuk ibadah.
- Surah.MY